Thursday, July 8, 2010

Gadoh!!



Dah lama aku tak tengok filem-filem Melayu yang indiependent/low bajet. Last, filem indiependent yang aku tengok adalah citer 'Dari Jemapoh ke Manchestee' arahan Hishamudin Rais mase tu taun 2000 atau 2001 tak silap aku.
Petang tadi lepas waktu keje, aku berjaya memuat turun citer Gadoh. Citer ni release tahun lepas tapi tak kuar wayang kot. Aku ni tak la pandai sanagat nak review filem. Asalkan jalan citernya ok, lakonan real dan dialog tak gunakan bahasa buku teks, bagi aku dah cukup bagus. Filem Gadoh mengisahkan remaja sekolah yang mempunyai sifat racist, facist dan suke isap rokok dalam tandas sekolah. 1 geng kaum Cine dan 1 geng lagi kaum Melayu. Pantang jumpe pasti maki hamun dan bertempur. Pendekkan citer, geng2 ni kene masuk kelab teater untuk menyemai semangat setia kawan dan respect kaum lain. Dalam masa nak membina semanagat setia kawan tu pihak sekolah prejudis plak dengan pelatih teater diowang. Tapi segala onak dan duri berjaya ditemphi sampaikan pihak sekolah terasa malu dengan isi pementasan teater itu yang memerli pihak sekolah. Kalau bagi bintang aku bagi 4 daripada 5. Lakonan budak2 sekolah tu memang mantap, dialog memang kasar2 tanpa tapisan,lebam2 muke yang real serta aglong yang bertatu. Cume heroin je kurang menarik..Pelakon2 memang aku tak kenal..cume sorang pelakon tambahan tu macam pelakon Anak Pontianak.
Tengok citer ni teringat zaman-zaman sekolah kat SMKJ dulu, ada gak member aku bergadoh. Tapi bergadoh sebab berebut awek. Jadah ape gadoh pasal awek..scene isap sebatang rokok kongsi ramai-ramai sampai bara jadi panjang jugak mengingatkan aku aktiviti nakal aku kat sekolah dulu.

0 comments: