Sunday, July 4, 2010

Ujian kesabaran

Aku ni boleh dikategorikan di dalam orang yang penyabar jugak. Antara ujian kesabaran yang aku pernah lalui adalah masa aku kehilangan motorsikal RXZ aku dulu tahun 2000. Motorsikal pertama aku beli menggunakan hasil titik peluh aku sendiri. Aku redha dan sabar je. Walaupon terpakse beralih ke Yamaha Sport 100cc asap macam fogging Kementerian Kesihatan, aku sabar. Yang kedua bila kereta Wira sedan aku tak dapat disiapkan oleh pomen dan tersadai selama hampir 7 bulan kat bengkel di Bukit Lancung, Shah Alam dan pomen lari ntah kemana. Gara-gara nak tukar enjin. Dah la mase tu nak kawen, kereta lak tak siap. Dan antara ujian kesabaran yang paling getir aku hadapi, mase aku cuba tackle secara halal orang rumah aku. Hampir 6 tahun aku mengusha, bergayut di public phone kt bangunan STAD MMU, dan ber SMS. Menanti sebuah jawapan-(lagu kumpulan PADi). Maklum la jarak jauh, aku kat Cyberjya dia kat JB. Mase tula aku dapat nickname Yahoo Messenger- Javanese Emocore (tahun 2001). Thanks kepada band RedKedge(RIP) yang bagi idea nickname aku. Tapi alhamdulillah kesabaran aku berbaloi bila dapat berkahwin dengan orang yang aku admire sekali selepas 6 tahun menunggu. Tapi bila bab ,mengajar ni aku macam tak dapat kontrol kesabaran aku. Dan sebab tu agaknya aku ditakdirkan tak jadik cikgu sekolah menengah.
Aku mengajar Faris belaja baca Iqraq. Start dari awal tahun ni aku dah mula ajar Faris baca. Tapi entah la..kalau Faris salah skit je aku mula la temper. Tambah bila bacaan ayat tu aku dah ulang-ulang, dan Faris tak dapat tangkap ayat tu. Mula la aku bersuara tinggi. Kadang-kadang kesian jugak aku tengok si Faris takut-takut nak baca.Sampaikan dia kadang-kadang tanak baca bile aku suruh amik buku Iqraq.
Mase aku kecik-kecik dulu pon mesti aku macam Faris jugak bila mengaji depan bapak aku. Bapak aku memang orang yang sabar. Bayangkan 7 orang adik beradik aku steady je dia ajar. Tapi kadang-kadang aku kene jugak sedas dua tempeleng hinggap di pipi bile time mengaji aku mengantuk sebab petangnyer banyak main. Tapi alhamdulillah berkat tempeleng itu sampai sekarang aku boleh mengaji. Dan sekarang giliran aku pulak mengajar Faris. Wajib aku mengajar Faris mengaji. Mungkin aku kene tingkatkan lagi kesabaran aku ni. Tapi buat masa ni tempeleng aku belum singgah lagi ke pipi Faris.

2 comments:

makcikpc said...

waa..lama tu menanti sebuah jawapan...story la sikit kisah 6 tahun tu...berminat la nak tau

rok808 said...

eheheh..insyallah akan datang..