Saturday, July 3, 2010

KE70: Update #1



Petang Jumaat semalam aku gi runner kat kedai potong dan kedai spare part carik barang-barang untuk Ke70 ni atau aku panggil dia 'CT". Antara barang 'CT" yang aku dapat adalah:
1. Brake pad tanpa jenama
2. Getah pintu yang kene order (4 pintu)
3. Alternator elektronik.
Alternator ori 'CT' dah takleh support arus elektrik. So aku amik keputusan untuk tuko ke jenis elektronik sebelum yang lama kong kt tengah jalan. Nasib baik kedai bawah umah aku ni pandai buat, walaupon harge agak mahal skit tapi pueh hati sebab dapat start enjin 'CT' tanpa tekan minyak. Getah pintu lak aku tukar sebab belah driver air hujan dah masuk skit, sebelum aku pakai raincoat dalam kete baik aku tukar getah ke empat empat pintu. Masa gi kedai potong, sempat jugak aku tanya kt apek kedai tu, apa servo pump brake yang boleh pakai kt 'CT", apek tu cakap boleh pakai Toyota starlet punya ma..servo ada busat juga
Petang tadi aku hantar 'CT' ke pusat rawatan badan dan kulit serta salin kaler untuk beauty makeover padan badannya..Maklum la..banyak kudis dan kurap dah lekat kat badan 'CT" ni.Proses beauty makeover dijangka 2-3 minggu memandangkan ramai customer2 lain menunggu.lepas 'CT" siap badanyer, aku plan nak tukar servo pump brake dengan bleeding sekali...2 be continue.

0 comments: