Sunday, May 9, 2010

Against police brutallity


Semenjak dua menjak banyak citer-citer yang tak best pasal polis kt Malaysia kuar kt paper. Walaupon aku jarang beli paper mainstream, aku tau sebb baca kt Internet. Kes paling hot budak 15 tahun kene tembak ngan polis kt Seksyen 11 Shah Alam 1-2 minggu lepas. Giler ah..sebab bawak keter laju jadi saspek penjenayah terus tembak. Bagi aku dalam kes ni dedua pihak salah. Pihak arwah budak tu salah sebab bawak keter taklde lesen malam-malam tanpa izin mak bapak dia, pastu bawak laju gile. Macam mane dia dapat kunci? Tapi dalam kes ni tak bleh salahkan mak bapak 100%. Mungkin sebab nak tolong member arwah ingat takde ape yang jadik. Pihak polis plak salah sebab tembak tanpa usul periksa. Yela mungkin tak nampak sape dalam keter. Tapi kenapa mesti tembak sampai mati. Dah tembak tayar kompem keter tu benti. Aku rase polis yang tembak tu ada masalah kuarga, atau pon baru dapat pegang pistol. Dan 1 lagi lom ape2 surat kaba tulis saspek adalah penjenayah dan menemui parang..Jadah apa..trus bagi statement nak kaver kes ke?..Lepas kejadian ni banyak plak aduan dari orang ramai pasal salah laku polis ni..Macam mane orang yang dipertanggungjawabkan jaga keamanan pon jadik penjenayah..Tapi aku rase tak semua polis macam tu..Dalam setandan pisang tu mesti ada yang busuk ye tak..Aku ramai member polis dan sorang member FRU..Bila tak pakai baju seragam diowang macam orang biasa gak..borak-borak..ngeteh buat lawak kasar..bahan member..Mungkin disebabkan tugas so diowang tukar karektor.
Harap2 abang abang polis bekerjalah dengan amanah...dan aku sure
not all cops are ba@#ds..

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu


Dikesempatan ini aku nk ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunda tercinta Hajah Misriah bt hj Fadzil yang telah banyak berjasa kepada aku. Jasamu akan kukenang ibu Semoga ibu panjang umor dan murah rezeki..sob..sob. Juga kepada ibu mertua Hajah Fatimah bt Ismail semoga sihat dan dimurahkan rezeki. Kepada ibu Faris dan Fatih terima kasih menjadi isteri kepada Faozan Ahmad Zawawi. Pengorbanan ibu-ibu ku disanjung tinggi..

Thursday, May 6, 2010

Layan Movie






2-3 hari ni aku asyik layan muvie dari Korea je. Start kol 4pm aku bukak player VLC aku, pasang headphone layan movie sampai kol 6..hehe kire ngulor ke ni ek..Aku rase ramai dah lama layan muvie dari Koera ni lepas citer Winter Sonata meletup dulu. Aku je ketinggalan ..Satu yang aku tengok citer Korea ni jalan citer dia memang kene dgn realiti masa sekarang, penghayatan pelakon2 yang mantap serta awek2 Korea yang cun-cun jd citer Korea best..Petang tadi aku tgk citer Windstruck ni. Jalan citer simple tp di adun dgn lengkap. Awal2 citer byk scene kelaka/lawak, pertengahan citer seruis dan endingnye yang sedey..Tapi ending citer ni mmg touching..kalau tak sebb aku lelaki sejati mungkin aku leh emo kuar airmata hahah...Takleh handle beb tgk amoi lawa nangis bf dia mati sebelum declare..Aku rekemenkan tgk citer ni malam minggu dengan bini/hubby korang lepas anak2 tdo. Kompem rase mcm bercinta dulu..hahah

*I can feel u..even as the wind

Tuesday, May 4, 2010

Makan..makan dan makan





Dekat 4 minggu aku pendam perasaan ini. Aku cubo utk tidak memikirkannye, namun jauh di sudut hati aku aku merinduinya..tekakku pula berasa gatal2 ingin menelan khazanah dari negeri padang pasir ini..lantas tepat jam 7.00PM tadi..dengan semangat yang berkobar kobar..dengan nafsu mutmainnah yang besar aku ajak anak dan isteriku pergi ke CBD Cyberjaya, untuk sinngah di Restoren Saba..Alhamdulilah tak ramai manusia yang menunggu...Hati ini tiba2 jadi girang seperti kanak2 mendapat asikrim lolipop..ye penantian 4 minggu aku akan berakhir malam ini..menuju ke kuanter dgn langkah kemas dan teratur, bicara pon bermula.." As'kum...bagi roasted chicken 1 yang besar, take way ye"..5 minit menanti, apa yang dihajati pon sampai...masih hangat lagi tiba di rumah..suapan pertama sampai ke tekak adalah nikmat tidak terhingga..Anak-anak juga kelihatan suka dgn nasik arab ini..(mentang-mentang mahal..)

p/s: kepada pezal kalau blom try makan kt sini sgt direkemendedkan..heh

Monday, May 3, 2010

Press Freedom Day 2010


Selepas Labour Day disambut pada 1 May 2010 yg lalau, harini 3 May 2010 merupakan World Press Freedom Day. Di Malaysia para NGO-NGO menyambut dengan membuat pelbagai resolusi agar kebebasan akhbar dapat dijayakan. Tapi aku rase kt Bolehland ni akhbar2yang menyiarkan berita samarata,adil dan tanpa prejudis akan disekat oleh pihak penguasa.Kenapa? 'Bila kuasa ditangan, bagaikan dirasuki syaitan.." lirik lagu ACAB. Malas nk citer bab politik ni..Aku bukan pandai sangat pon..yang aku tau 5 tahun sekali pegi mengundi...

Kematian Besi

Hujung minggu di kampung, kt umah hajat dihati nak carik balik majalah asrama atau fanzine asrama yang diterbitkan pada tahun 1993,1994 dan 1995 kalau tak silap aku.Majalah hostelgia diberi nama. Memang sangat rare. Nak tengok balik muke kawan-kawan lama. Tapi hasil pencarian aku gagal, kalau jumpe memang jadi menuskrip termahal. Selongkar punye selongkar terjumpe plak kaset2 lama yang pernah aku beli hasil dari duit biasiswa yanga ku dapat. Teruk tul aku ni. Antara kaset2 yang aku jumpe adalah Kematian bom petrol(Napalm Death) Kreator dan Morbid Angel. 3 kaset aku beli mase aku form 4, beli kt Sungai Perak supermarket, mase tu Fajar tak terbit lagi. Dapat outing ke Teluk Intan ni memang heaven bukan senang ustaz Amin nak bagi turun Teluk Intan. Kene ada alasan yang kukuh. So pandai2 la goreng.Ni yg kaset aku jumpe mase kt umah dalam bilik aku.


Ni kaver kaset Kreator, gamba kepala toyol besar/ Kreator men Death+Thrash metal


Ni plak kaver kaset Napalm Death-Utopia banished. ND men grindcore tanpa melodi dgn lagu2 sume pendek2 belaka tapi susah di hapal.


Ni kaver kaset Morbid Angel- MA men style death metal tp kadang2 slow down tempo mcm sludge..ntah aku pon tak tau cane nk describe. janji boleh layan.
Lain2 kaset ntah mane ntah..aku agak mak aku dah bakar kot..apepon dengarlah ape jenis muzik sekalipon, jiwang ke scoin ke rap ke janji tak terpengaruh dgn budaya diowang.
Dulu mmg aku obses dgn muzik keras ni..sampaikan nak carik baju band..tp apakan daya sekolah asrama kt kampung ni..susah nk dapat barang..Dapat beli baju Pantera jela..yg paling rare baju Burzum Yahya punyer...Sekarang?..aku suke dgr ceramah Ustaz Azhar Idrus.. Mase dah berubah umo pon meningkat...

Condongnyer


Malam ni, entry kali ni aku nak citer sejarah skit. Walaopon matapelajran Sejarah adalah matapelajaran yang ngantuk untuk diikuti walaupon yang mengajar adalah cikgu Hasnawi. Cikgu Hasnawi ni memang otai bab2 sejarah Melayu, takleh kelentong punyer sebab dia tau asas dan fakta yang kukuh. Untuk cikgu Hasnawi saya mmg respek kt cikgu. Ok memandangkan last week aku balik kampung aku teringat pasal menara jam condong kt Teluk Intan. Aku rasa menara yang condong ni ada 2 je kt dunia ni, satu Menara Pisa kt Itali sane dan yang kedua Menara Condong Teluk Intan. Menurut En. Wikiapadia menara ni dibna pada tahun 1885 oleh seorang brader bernama Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar yang pasirnya bertebaran dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga serta couple2 yang melafazkan janji2 palsu ke atas pasangan masing-masing Kalau malam minggu ada gerai2 jualan yang seakan Uptown Danai Kota dan Downtown Cheras.. Aku rasa skang ni orang ramai dan pelancong boleh naik atas menara ni. Ha aku dah kate baca bab sejarah ni memamg ngantuk ok sebelum korang tertdo aku stop dulu dan kalau pegi Teluk Intan jagan lupe amik gamba sebelah menara ini.