Wednesday, April 28, 2010

Sokan utk kesihatan

Semalam petang buat kali pertamanya aku berjoging kt track Stadium MMMU dgn budak2 bola. Aku saje2 join sebb dah lama sangat tak jog, sekali dengan nak carik fitness utk game volleyball akan datang. Badan aku ni kalau lama sangat tak eksesais jadi lemah2, ngantuk dan lesu. Pon begitu tujuan joging ni aku nk try kecikkan sais pinggang dan bakar skit lemak2 perut ni. Banyak seluar aku dah tak muat. Target aku dpt 32cm@32 pon dah ok, sebb sekang sais 35cm. Pagi tadi bangun tido rase sakit pada sendi2, engsel2, otot2 aku. Haha mungkin sebb tak warmup dulu. Apepon harap lepas ni dapat la aku balik sixpack aku yg dah lama hilang mueheheh

Saturday, April 24, 2010

The champ is here





Siang tadi ada Karnival Sukan TM Selangor utk game bola tampar, yang diadakan di kompleks sukan Taman Tasik Titiwangsa. Memang tiap2 tahun TM akan buat sukan macam ni. Ape yang aku nk story team MMU mmg tak penah miss utk compete selama 8 tahun. Dan tahun ni team MMU telah menjadi cempion utk bahagian Selangor. Walaopon perut masing2 dah agak kedepan dan sais pingang masing2 dah mencecah 34cm keatas, namun atas semangat juang yang tinggi telah berjaya mejadi juara. Pada separuh akhir team MMU telah mengalahkan team TM RnD dimana tahun sebelumnyer team MMu sering menjadi 'lauk kepada team RnD. Tapi tahun ni team MMu berjaya melaukkan sardin team RnD dgn straight set dgn game yang agak tense. Pada perlawanan akhir team MMU telah menentang team Selangor Barat juga dgn straight game tanpa sebarang tekanan sebb mmg dah tau akan menang. Agak mengecewakan kerana siaran langsung perlawanan akhir tidak disiarkan di Astro Arena mahupon Astro Supersport.

Friday, April 23, 2010

Ketakutan pada gelap

Hari ni aku balik lambat..kene standby sampai kol 9.30pm..Abis keje tutup opis, tekan lif no G...start moto..panaskan enjin moto kejap..sambil SMS org umah..Gi Petronas isi minyak Ron95 kt Honda WaveX 125 aku dgn kadar RM3.00..dpt la 3/4 penuh..Abis isi minyak pale aku pikir nk lalu mane..Nk kuar Cyberjaya ni ada 2 laluan..1 laluan belakang boleh kuar trus ke Hiway..kiri kanan nampak la pemandangan Putrajaya..terang benderang..tp agak jauh..laluan 2 lalu jalan dalam melalui Lim Kok Wing agak gelap dan kurang kenderaan lalu bile 9.00 mlm keatas.Hanya pemandangan pokok2 kelapa sawit shj menjadi santapan mata..ntah knpae aku td aku terlintas nk lalu jalan tu..Dulu mase tak ramai byk kompeni bukak..banyak accident berlaku kt jln ni...jalan ni byk dah meragut nyawa pekerja2 dan student2 kt Cyberjaya..ada 1 korner panjang selepas trafik light Lim Kok Wing mmg menyeramkan..korner ni la yg byk meragut nyawa dan banyak accident kt sini...1 yg misteri lampu jln kt korner ni sentiasa padam walaupon lampu2 lain (sebelum dan selepas korner) menyala..Byk la citer2 mistik yg aku dgr pasal jalan ni Secera otometik mase aku lalu td meremang jugak la bulu roma aku dah la tgk side mirror tade kete lalu lalang ...trus teringat lagu Iron Maiden - Fear of the dark..sambil2 baca ayat Kursi..

Wednesday, April 21, 2010

GTR R35 Dorifto


Lepas dilancarkan pada tahun 2008 kalau tak silap aku..Nissan Skyline R35 ni dikatakan tak boleh drift sebab berat dan AWD. Tapi tuner Jepon, Blitz berjaya modified keter ni jd jentera drift walaopon dlm video ni nampak macam berat nk bawak badan. Tatau la mesin ni akan compete dlm D1 GP 2010..

p/s: Tapi mat2 Jepon ni takleh lawan tuner Malaysia Satria FWD leh buat RWD....

Gothic Malam Edan




Ni kire gothic metal ke ape ye..Ape pon aku mmg suke lagu2 keras yg bermelodi..Band Nightwish..tp skang vox ni dah takde dlm lineup..

Bundlism




Aku mengaku aku mmg suke kt baju n seluar bundle ni. Aku start admire mase aku umo 11tahun bilamana aku berinfluencekan abg2 aku yg beli baju-baju bundle kt pasar pagi Sabtu kt pekan Selekoh. Mase tu mungkin abg2 aku tak mampu nk beli baju dan seluar2 yg branded jd baju2 bundle la jadi pilihan diowang. Dan aku pon terikut2 jugak bile dah tiap2 minggu gi pasar tu gerai bundle adalah gerai wajib dikunjungi. Minat ni aku teruskan mase aku masuk sekolah rendah dan menengah. Tapi mase tu takde duit sendiri so terpakse mintak ehsan bapak aku utk beli. Dalam setahun tu dapat beli selai dua. Zaman bile dah keje aku truskan minat ni.Bile dah ada duit sendiri maka shoping sakan la aku. Kedai bundel kt Jalan Puchong umpama Sogo bagi aku. Takpayah tunggu ada sale..tiap2 minggu leh beli. Penah aku dpt beli jean Guess yang condition mcm Diana daniele dgn harge RM30.00. Pegi kedai bundle ni kene pandai pilih dan teliti. Terus terang aku cakap sejak 32 tahun aku hidup, aku tak penah beli jeans Levi's, Lee, Guess etc yang original dari butik. Kat bawah umah aku ni ada 1 kedai siap jual kasut dan baju2 yg rare design. Dan kalau ada pasar malam area umah aku kedai bundle mmg aku kunjung dulu.

Sunday, April 18, 2010

Reunion EDI



weekend minggu lepas, aku join reunion budak2 lama Koleh EDI, Melaka tempat aku balaja amik sijil dgn diploma dulu. Lepas jumpe kawan2 lama dalam Facebook, kitaorang pakat same-same utk buat reunion dekat Pengkalan Balak, area tepi pantai.Memandangkan kt situ ada resort bapak mertua member aku, so senang deal. Dalam ramai2 dapatla kumpul 19 orang. Acara mlm biasala sesi BBQ kambing, ayam, ikan udang sotong dgn diselangi karaoke. BBQ kambing menjadi feveret aku mlm tu..Ari ahad acara sukaneka utk anak2 dan jugak mak bapak. MAse sukan ni la layan gelak sampai kuar airmata tgk gelagat bapak2 jd terejal...Apepon mmg best dan telah dipersetujui utk buat reunion sebagai aktiviti tahunan..

Wednesday, April 7, 2010

Mohd Fatih Ziyad


8hb April 2010 merupakan hari lahir anak aku yang nombor dua (kanan pegang bola). Kejap je aku rase dah tiga tahun umor dia. Name dia ni aku dapat daripada buku agama yg bertajuk " Nama-nama Indah dalam Islam"..aku rase ramai ibubapa kt luar sane yang carik name anak2 diowang gune buku2 macamni. Mohammad name Rasullah..Fatih ni maknenyer perintis @ pioneer dan Ziyad maknenyer kelebihan. Fatih Ziyad ni mmg manje bese la lom ada adik..cepat merajuk kalau kene marah n tengking..tp dalam mase yang sama degil pon boleh tahan..kalau A yang dia nak..A la...sampai dia dpt....minat pada sukan bowling, drift dan bola sepak. Channel 811, 812 mmg feveret dia. Channel 611 kurang skit..kurang minat pada citer ultraman sepertimana abangnya..Aku hantar gi tadika PASTI saing2 abang dia..Alhamdulillah dia dpt catchup apa yang Ustazah2nyer ajar..walopon sebutan tak baper betul lg..Macam makbapak orang lain..harapan agar anaknyer panjang umo murah rezeki jd anak soleh amat tinggi..Untuk Mohammad Fatih Ziyad esok jangan lupe bangun pagi pegi sekolah...

Tuesday, April 6, 2010

Dialog anak dgn bapak #1

Bapak: "Faris..rambut dah panjang tu...esok gi kedai gunting rambut ye.."
Faris: "Tanak la yah..nanti tak boleh nk pacak"
Bapak: "Takleh pacak rambut, selagi rambut ayah blom panjang"..
Faris:..Muke terbangak bangak..

Esoknyer RM10 hengget utk 2 kepala..

Sunday, April 4, 2010

S.P.T


Stripe hijau kuning- Teluk Intan ke Klang Old School


Stripe merah kuning dari Teluk Intan ke KL Puduraya

Sape sape budak-budak Bagan dato, Sg Tiang, Simpang Tiga, Teluk Intan dan same kawasan kejadiannyer yang keje kt KL atau Klang mesti penah naik bas ni. Yang kaler stripe merah n kuning pegi dr Teluk Intan ke Kl. Bas ni route dia lalau jalan lama Teluk Intan Klang..dan akan benti di Simpang 4, Sabak Bernam dan Sungai Besar utk pickup penumpang. Aku pon salah sorang bekas pengguna bas express ni..walaopon bas ni byk membantu pemuda2 yg merantau bekerja yang blom mampu membeli kenderaan, namun kondisi dua bas ni amat menyedihkan. Luaran nampak cantik dalaman aku rase van Rentokil lagi cantik. Pertama sekali gaya pemanduan drivernyer.. walaopon pemandu bus berpengalaman tapi cara pemanduan driver amat berbahaya terutama bile lalu jln Ijok ke Sg uloh utk perjalanan ke KL. Pemandu akan full throttle bile lalu jln yg ala2 Bukit Akina menyebabkan penumpang yg tertdo boleh tersedar lantas mengucap 2 kalimah syahadah. Keadaan seatnya pula amat sadis. Dengan span seat yg hampir habis, penumpang seakan duduk atas seat rotan buatan Itali. Sementara ruang antara seat amatlah terhad jd sesiapa yang kaki panjang terpaksalah melipat lutut utk mendapatkan posisi sandar kepala. Tapi lepas tu kompem kaki kebas. Tandas mmg takde utk dedua bas ni..Penumpang terpaska menahan hajat besar dan kecil,kalau driver rase nk kencing baru la bas berhenti..Hiburan mmg takde la kt bas ni..Tv ada tp hanay sekadar penghias dan utk upkan harge tiket. Itu antara pengalaman aku naik dedua bas ni. Sekarang, kebanyakkan bas bas ni masih bas yang same aku naik dulu..ada yang baru tapi dlm 1-2 bijik aje...Kompeni bas ni mmg takde niat nk tuka..pakai sampai hancur kot.. Apepon byk jugak la jasa bas ni..ehmm

Aqura A.S.S




2 minggu lepas aku n anak bini pegi tengok belon uadara panas kt Putrajaya. Kami pergi hari last. Banyakla gerai-gerai jualan dibukak dah macam Jom Heboh TV3. Dalam banyak2 gerai, ada 1 gerai brader ni menarik perhatian aku. Gerai brader ni simple je..dia bukak table sebesar table dalam bilik darjah..alas ngan kain ada ropol2 skit. dah macam jual stuff zine, kaset n Cd mase gig. Tapi gerai brader ni jual sabun. Tapi bukan sebarang sabun bai. Sabun anti ngantuk. Anti Sleepy Soap (A.S.S). Lepas 5 minit sesi FAQ dengan brader ni akhirnya aku tertarik utk membeli. Sabun ni ada macam2 sais..dan yang aku beli ni sebesar sais kotak mancis dengan harga jualan RM10 tanpa nego. Keistimewaan sabun ni adalah ia dapat menghilang ngantuk semasa drive, nk buat keje, kene buat keje, nk study. Dan aku mmg ada masalah ngantuk bile drive jauh2..teruatma KL-Batu Pahat. Cara pakai..sebelum memulakan perjalanan jauh..sapu sabun kt muke dan biarkan selama 2 minit. Ternyata ia berkesan sebb aku dah try 2 jam setengah perjalanan mata dari Batu pahat balik Seri Kembangan..mata aku segar dan mampu memototng trailer Tiong Nam logostik kt hiway..haha berbaloi RM10 hengget