Wednesday, August 10, 2011

Percubaan kali pertama

Dah masuk Ramadhan ke 11 hari ni. Dan dah dekat sebulan aku jadi single parent. Orang rumah masih di hospital. Walaupun keadaannya bertambah baik, dan doktor pon dah cakap boleh balik weekend, aku tetap risau kalau-kalau bleeding balik. Lebih baik duduk kat ward dan dipantau oleh doktor.
Selama 10 hari bersahur ni, 8 hari hidangan kami sup ayam beli kat kedai. Jadik untuk malam tadi aku plan nak masak sendiri. Beli hari-hari kat kedai muak jugak, selain bajet pon boleh lari. Jadiknyer aku beli ayam separuh untuk dimasak. Tanya resepi sup ayam kat orang rumah, dan dia cakap senang je buat sup ni. Memang senang bagi yang biasa masak. Bagi aku nampak senang tapi susah. Nak kene tau baper ulas bawang puteh kene pakai, baper banyak halia kene masuk, baper banyak minyak nak kene ada dalam kuali, api pembakaran kaler ape masa masak, berapa camce garam?..baper camce gula?..memang kritikal. Tapi aku gamble je. Caranya:Lepas kupas bawang putih dalam 5 ulas, halia sebesar ibu jari kaki aku, operasi menghancurkan 2 bahan tu pon bermula dengan menggunakan batu lesung yang takde lesung pipit. Sesudah hancur aku panaskan minyak masak jenama Buruh ke dalam kuali sebanyak 2 sudu besar. Aku tengok orang masak kat tv selalu gune sukatan ini. Kemudian aku tumis dua bahan tadi, menghadirkan aroma yang sedap sehingga Faris terhenti seketika bermain game Angry Bird lantas berkata 'wanginye ayah..ayah masak ape?'..dengan sedikit riak aku menjawab "masak sup ayam la bang.." Sesudah minyak pecah, menurut orang rumah aku kene masukkan cengkih dan bunganya untuk menambah sedap dan wangi(kot). Aku ingat cengkih ni hanya untuk orang isap rokok gulung, buat sup pon pakai cengkih rupenyer. Setelah hampir 4 minit menumis..dimasukkan air mineral ke dalam tumisan tadi..berserta ayam 4 ketul, 1 untuk Faris, 1 untuk Fatih, dan 1 untuk Faozan. Yang lagi 1 sebagai spare kalau-kalau nak tambah. Kemudian kacau-kacau sikit, then tinggalkan sekejap sehingga ayam masak. Setelah lebih kurang 10 minit, sup ayam pon telah masak. Orang pertama yang jadi tester adalah Faris yang tak sabar untuk menikmati sup. Setelah beberapa kali menghembus kerana terlampau panas, Faris berjaya juga menyuap sup ayam+nasik kedalam mulut. Setelah beberapa suapan dan kunyahan, aku bertanya pada Faris.."cane bang..sedap ke tak"..dengan jujur Faris menjawab.."sedap sikit la yah.."..sesungguhnya kanak-kanak jujur berkata-kata.

Ayam yang telah siap dikerat 18

Yang hitam tu cengkih bukan lalat

Ceker ayam..
Wallaaa..dah siap

QC tengah ngetest..

3 comments:

Kazman / Sue said...

Haaaa..3x..gilerr arr...masakk... bila orang dah kawin nak kembali bujang....apa apa pun boleh.... Semoga cepat sembuh binik kau rokhe...

aYa said...

letak la sayur sket...

rok808 said...

kazman: ahah tula rul nk tanak terpakse jugak..tima kasih
aya: ok next time aku letak sayur..