Monday, May 31, 2010

Laknat Zionis


Hari ni aku tengok berita Bernama TV dengan rasa amat marah sekali. Kapal-kapal yang bawak bantuan kemanusiaan diserang oleh rejim Zionis. Kapal-kapal ini sepatutnya tiba di Semenanjung Gaza dan memberikan bantuan makanan, perubatan serta kemanusiaan kepada penduduk-penduduk Gaza yang dalam kebuluran. Tapi regim Zionis dengan niat jahat menghalang malah membunuh aktivist2 yang membawa bantuan ni. Jelas sekali regim ini memang mahukan penduduk Gaza mati kebuluran tanpa makanan. Nyawa manusia bagi mereka ibarat nyamuk2 berterbangan di hapuskan dengan Ridsect. Dunia hanya mampu melihat dan mencaci serta mengutuk tanpa apa2 tindakan. Pak-pak Arab yang kaya raya hanya mampu 'menjeling' dari jauh kerana mereka juga mempunyai kepentingan.
Benarlah ayat dalam Al-Quran ...“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Tolerate no more..fight them until the end...Allahuakbar...

0 comments: