Tuesday, May 25, 2010

Parkia speciosa


Jadah ape bende parkia speciosa ni?..Nilah name saintifik bagi petai. Timbul idea nk tulis entry pasal petai ni, sbb tadi mase lunch aku tengok member aku makan petai dengan rakus sekali. Selamber makan tanpa nasik. Ape istimewa petai?..Memang banyak khasiat petai ni. Lepas aku berwikipedia rupenyer petai ni mengandungi 3 macam gula iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa ngan mengandungi serat. Ada juga kajian yang mengatakan petai boleh mngurangkan risiko serangan strok sebanyak 40%. Banyak gak tu. Manakala brader2 yang nak benti isap rokok, boleh kunyah petai. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripapada ketagihan nikotin. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan. Hebat jugak penangan petai ni. Tak hairanlah kenape member aku tadi begitu selera makan petai cicah sambal.
Aku plak rase nk start makan petai. Aritu bini aku buat sambal udang petai aku pilih udang je.Bini aku mmg penggemar petai dan jering yang tegar. Terus terang aku cakap dari kecik memang aku tak dididik makan petai sebab bapak aku tak beli kt pasar. Bukan apa kalau dah layan kompem bilik air kene cuci setiap ari. Lepas tau khasiat2 petai ni insyallah aku nk pulun petai lak. Leh lawan kentut ngan bini aku.

0 comments: