Monday, May 31, 2010

Laknat Zionis


Hari ni aku tengok berita Bernama TV dengan rasa amat marah sekali. Kapal-kapal yang bawak bantuan kemanusiaan diserang oleh rejim Zionis. Kapal-kapal ini sepatutnya tiba di Semenanjung Gaza dan memberikan bantuan makanan, perubatan serta kemanusiaan kepada penduduk-penduduk Gaza yang dalam kebuluran. Tapi regim Zionis dengan niat jahat menghalang malah membunuh aktivist2 yang membawa bantuan ni. Jelas sekali regim ini memang mahukan penduduk Gaza mati kebuluran tanpa makanan. Nyawa manusia bagi mereka ibarat nyamuk2 berterbangan di hapuskan dengan Ridsect. Dunia hanya mampu melihat dan mencaci serta mengutuk tanpa apa2 tindakan. Pak-pak Arab yang kaya raya hanya mampu 'menjeling' dari jauh kerana mereka juga mempunyai kepentingan.
Benarlah ayat dalam Al-Quran ...“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Tolerate no more..fight them until the end...Allahuakbar...

Sungai Tiang Darat scene

Cuti Wesak minggu lepas dihabiskan dengan balik kampung. Hajat balik sebab tengok bapak aku yang baru baik demam dan ada kenduri. Rupenyer demam bapak belom lebah2. Balik dari kenduri kt Sg Rusa demam lagi. Panas melampau. Mungkin sebab kurang berehat, minum air sejuk kt kenduri2 yang tatau air tu dimasak ke tidak.
Sebut bab kenduri ni, 3 hari kt kampung aku jadik wakil bapak aku menghadiri jemputan2 kenduri bersamam mak aku. Sabtu dan Ahad memang penuh jadual kenduri kalau duk kampung. Dan yang best duk kampung ni kalau Sabtu dan Ahad ada jemputan kawen, kompem tengahari bini tak payah masak. Memang menjimatkan..Tanya Faris nk duk kampung tak, dengan pantas dia jawap tanak, tak best. Alahaiii..

Tuesday, May 25, 2010

Parkia speciosa


Jadah ape bende parkia speciosa ni?..Nilah name saintifik bagi petai. Timbul idea nk tulis entry pasal petai ni, sbb tadi mase lunch aku tengok member aku makan petai dengan rakus sekali. Selamber makan tanpa nasik. Ape istimewa petai?..Memang banyak khasiat petai ni. Lepas aku berwikipedia rupenyer petai ni mengandungi 3 macam gula iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa ngan mengandungi serat. Ada juga kajian yang mengatakan petai boleh mngurangkan risiko serangan strok sebanyak 40%. Banyak gak tu. Manakala brader2 yang nak benti isap rokok, boleh kunyah petai. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripapada ketagihan nikotin. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan. Hebat jugak penangan petai ni. Tak hairanlah kenape member aku tadi begitu selera makan petai cicah sambal.
Aku plak rase nk start makan petai. Aritu bini aku buat sambal udang petai aku pilih udang je.Bini aku mmg penggemar petai dan jering yang tegar. Terus terang aku cakap dari kecik memang aku tak dididik makan petai sebab bapak aku tak beli kt pasar. Bukan apa kalau dah layan kompem bilik air kene cuci setiap ari. Lepas tau khasiat2 petai ni insyallah aku nk pulun petai lak. Leh lawan kentut ngan bini aku.

Monday, May 24, 2010

Rock style mat Jepon


Tengah aku layan Youtube 2-3 ari lepas aku terjumpe satu band power metal dari Jepon, X Japan. Aku rase scene rock Jepon pon hebat gak cume tak baper up macam kat US. Aku pon tau kalau band rock Jepon Loudness je. Tapi kalau band2 grindcore/punk memang banyak dari Jepon.
Berbalik pada band Japan ni sekali dengar macam rilisan Helloween awal-awal dulu (mase Mikel Kiske dalam lineup). Yang menarik band X Japan ni imej diowang rambut gerbang tak hengat macam burung belatuk, baju dengan sluar kulit kilat, mekap tebal siap gincu. Memang imej rock habis. Dalam banyak2 lagu fast diowang ada la terselit 3-4 lagu slow. Memang jadi kebiasaan kumpulan rock je mesti ada lagu ballad untuk menarik peminat2 pompuan terutamanya.Dan nk bagitau band ni dah lama rip tapi dlm wiki tulis band ni da reunion balik..

p/s: Bile la aku nk dapat gi Jepon ni...

Wednesday, May 19, 2010

Ramai orang giler judi


Ape nak jadik ni bile pemerintah Malaysia menghalalkan judi...nak rase bala dulu ke baru insaf...Mintak2 dijauhkan ....aminnn..

Tuesday, May 18, 2010

Dak Faris exam

Minggu ni dak abang (Faris Zaqwan) ada periksa pertengahan. Kaget gak aku sekolah tadika ada periksa. Zaman aku sekolah tadi dulu, aku rase tade periksa pon..pagi berbaris..nyanyi lagu Negaraku, Anak kecilm ian ampi..pastu blaja kaler, mengira,mengeja..paling tak lupe aku kene pakai suar pendek gi tadika.. Sukatan pelajaran sekolah tadika zaman sekarang dah lain agaknyer. Persaingan sekolah2 tadika sekarang memang hebat. Kat taman aku ni je ada dekat 10 tadika beroperasi, tatau samaada halal atau haram. Mak bapak boleh pilih nk antar anak yang diajar cakap omputeh, ajar cakap Cine, dan ajar cakap Arab, sume ada. Pilih la yang mana suke dan baik utk anak2
Berbalik pada dak abang tadi..dia kene amik 10 paper. Masuk arini dah 4 paper dia amik antaranya Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Matematik dan Bimbingan Sosial. Ada 6 paper lagi nk kene amik. Lepas Mahgrib mmg kene ngadap buku..sampai kol 9....lepas kol 9 baru leh men game GP, tgk otromen mobius..

Friday, May 14, 2010

Ape nak jadi..sampai sekarang blom jd cempion lagi..


Aku tak tengok semi final Thomas cup tadi, Malaysia lawan China sebab ada majlis doa selamat kt tadika PASTI anak aku...tapi aku boleh agak..peluang Malaysia nak beat China tipis..setipis kulit bawang..Jangkaan aku betul..layan borak2 ngan para bapak2..sorang brader ni mencelah..Malaysia dah ketinggalan 2-0..Chong Wei kene tapaw ngan Lin Dan, bergu utama Malaysia pon kene tapau..emm so ape nak harap lagi..Malaysia perlukan pelapis...sampai bile nak harap lineup ni je..tapi diakui Cina memang team yang kuat...tunggulah 2 tahun lagi..

Thursday, May 13, 2010

No nuke..!


Ni aku copy paste dari blog SGHC..Kempen anti nuklear..dengar2 kerajaan Malaysia akan gune tenaga nuklear dalam masa 10 tahun lagi..dalam mase 10 tahun boleh ke org2 Malaysia handle nuklear ni..aku takut jd macam kt Chernobyll je...sengsara beb...

Sunday, May 9, 2010

Jerawattttttttttttt!!..


Arhh! aku paling benci bila jerawat tumbuh kt hidung, bulatan hidung dengan atas bibir..Sakit gile kalau nak pecahkan..sampai leh kuar airmata.Jerawat atas bibir paling sakit bile tershave mase nak shave jambang...Lebih sakit dari bersunat beb..Tapi apsal umo 32 pon still kuar jerawat ek...

Against police brutallity


Semenjak dua menjak banyak citer-citer yang tak best pasal polis kt Malaysia kuar kt paper. Walaupon aku jarang beli paper mainstream, aku tau sebb baca kt Internet. Kes paling hot budak 15 tahun kene tembak ngan polis kt Seksyen 11 Shah Alam 1-2 minggu lepas. Giler ah..sebab bawak keter laju jadi saspek penjenayah terus tembak. Bagi aku dalam kes ni dedua pihak salah. Pihak arwah budak tu salah sebab bawak keter taklde lesen malam-malam tanpa izin mak bapak dia, pastu bawak laju gile. Macam mane dia dapat kunci? Tapi dalam kes ni tak bleh salahkan mak bapak 100%. Mungkin sebab nak tolong member arwah ingat takde ape yang jadik. Pihak polis plak salah sebab tembak tanpa usul periksa. Yela mungkin tak nampak sape dalam keter. Tapi kenapa mesti tembak sampai mati. Dah tembak tayar kompem keter tu benti. Aku rase polis yang tembak tu ada masalah kuarga, atau pon baru dapat pegang pistol. Dan 1 lagi lom ape2 surat kaba tulis saspek adalah penjenayah dan menemui parang..Jadah apa..trus bagi statement nak kaver kes ke?..Lepas kejadian ni banyak plak aduan dari orang ramai pasal salah laku polis ni..Macam mane orang yang dipertanggungjawabkan jaga keamanan pon jadik penjenayah..Tapi aku rase tak semua polis macam tu..Dalam setandan pisang tu mesti ada yang busuk ye tak..Aku ramai member polis dan sorang member FRU..Bila tak pakai baju seragam diowang macam orang biasa gak..borak-borak..ngeteh buat lawak kasar..bahan member..Mungkin disebabkan tugas so diowang tukar karektor.
Harap2 abang abang polis bekerjalah dengan amanah...dan aku sure
not all cops are ba@#ds..

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu


Dikesempatan ini aku nk ucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibunda tercinta Hajah Misriah bt hj Fadzil yang telah banyak berjasa kepada aku. Jasamu akan kukenang ibu Semoga ibu panjang umor dan murah rezeki..sob..sob. Juga kepada ibu mertua Hajah Fatimah bt Ismail semoga sihat dan dimurahkan rezeki. Kepada ibu Faris dan Fatih terima kasih menjadi isteri kepada Faozan Ahmad Zawawi. Pengorbanan ibu-ibu ku disanjung tinggi..

Thursday, May 6, 2010

Layan Movie






2-3 hari ni aku asyik layan muvie dari Korea je. Start kol 4pm aku bukak player VLC aku, pasang headphone layan movie sampai kol 6..hehe kire ngulor ke ni ek..Aku rase ramai dah lama layan muvie dari Koera ni lepas citer Winter Sonata meletup dulu. Aku je ketinggalan ..Satu yang aku tengok citer Korea ni jalan citer dia memang kene dgn realiti masa sekarang, penghayatan pelakon2 yang mantap serta awek2 Korea yang cun-cun jd citer Korea best..Petang tadi aku tgk citer Windstruck ni. Jalan citer simple tp di adun dgn lengkap. Awal2 citer byk scene kelaka/lawak, pertengahan citer seruis dan endingnye yang sedey..Tapi ending citer ni mmg touching..kalau tak sebb aku lelaki sejati mungkin aku leh emo kuar airmata hahah...Takleh handle beb tgk amoi lawa nangis bf dia mati sebelum declare..Aku rekemenkan tgk citer ni malam minggu dengan bini/hubby korang lepas anak2 tdo. Kompem rase mcm bercinta dulu..hahah

*I can feel u..even as the wind

Tuesday, May 4, 2010

Makan..makan dan makan





Dekat 4 minggu aku pendam perasaan ini. Aku cubo utk tidak memikirkannye, namun jauh di sudut hati aku aku merinduinya..tekakku pula berasa gatal2 ingin menelan khazanah dari negeri padang pasir ini..lantas tepat jam 7.00PM tadi..dengan semangat yang berkobar kobar..dengan nafsu mutmainnah yang besar aku ajak anak dan isteriku pergi ke CBD Cyberjaya, untuk sinngah di Restoren Saba..Alhamdulilah tak ramai manusia yang menunggu...Hati ini tiba2 jadi girang seperti kanak2 mendapat asikrim lolipop..ye penantian 4 minggu aku akan berakhir malam ini..menuju ke kuanter dgn langkah kemas dan teratur, bicara pon bermula.." As'kum...bagi roasted chicken 1 yang besar, take way ye"..5 minit menanti, apa yang dihajati pon sampai...masih hangat lagi tiba di rumah..suapan pertama sampai ke tekak adalah nikmat tidak terhingga..Anak-anak juga kelihatan suka dgn nasik arab ini..(mentang-mentang mahal..)

p/s: kepada pezal kalau blom try makan kt sini sgt direkemendedkan..heh

Monday, May 3, 2010

Press Freedom Day 2010


Selepas Labour Day disambut pada 1 May 2010 yg lalau, harini 3 May 2010 merupakan World Press Freedom Day. Di Malaysia para NGO-NGO menyambut dengan membuat pelbagai resolusi agar kebebasan akhbar dapat dijayakan. Tapi aku rase kt Bolehland ni akhbar2yang menyiarkan berita samarata,adil dan tanpa prejudis akan disekat oleh pihak penguasa.Kenapa? 'Bila kuasa ditangan, bagaikan dirasuki syaitan.." lirik lagu ACAB. Malas nk citer bab politik ni..Aku bukan pandai sangat pon..yang aku tau 5 tahun sekali pegi mengundi...

Kematian Besi

Hujung minggu di kampung, kt umah hajat dihati nak carik balik majalah asrama atau fanzine asrama yang diterbitkan pada tahun 1993,1994 dan 1995 kalau tak silap aku.Majalah hostelgia diberi nama. Memang sangat rare. Nak tengok balik muke kawan-kawan lama. Tapi hasil pencarian aku gagal, kalau jumpe memang jadi menuskrip termahal. Selongkar punye selongkar terjumpe plak kaset2 lama yang pernah aku beli hasil dari duit biasiswa yanga ku dapat. Teruk tul aku ni. Antara kaset2 yang aku jumpe adalah Kematian bom petrol(Napalm Death) Kreator dan Morbid Angel. 3 kaset aku beli mase aku form 4, beli kt Sungai Perak supermarket, mase tu Fajar tak terbit lagi. Dapat outing ke Teluk Intan ni memang heaven bukan senang ustaz Amin nak bagi turun Teluk Intan. Kene ada alasan yang kukuh. So pandai2 la goreng.Ni yg kaset aku jumpe mase kt umah dalam bilik aku.


Ni kaver kaset Kreator, gamba kepala toyol besar/ Kreator men Death+Thrash metal


Ni plak kaver kaset Napalm Death-Utopia banished. ND men grindcore tanpa melodi dgn lagu2 sume pendek2 belaka tapi susah di hapal.


Ni kaver kaset Morbid Angel- MA men style death metal tp kadang2 slow down tempo mcm sludge..ntah aku pon tak tau cane nk describe. janji boleh layan.
Lain2 kaset ntah mane ntah..aku agak mak aku dah bakar kot..apepon dengarlah ape jenis muzik sekalipon, jiwang ke scoin ke rap ke janji tak terpengaruh dgn budaya diowang.
Dulu mmg aku obses dgn muzik keras ni..sampaikan nak carik baju band..tp apakan daya sekolah asrama kt kampung ni..susah nk dapat barang..Dapat beli baju Pantera jela..yg paling rare baju Burzum Yahya punyer...Sekarang?..aku suke dgr ceramah Ustaz Azhar Idrus.. Mase dah berubah umo pon meningkat...

Condongnyer


Malam ni, entry kali ni aku nak citer sejarah skit. Walaopon matapelajran Sejarah adalah matapelajaran yang ngantuk untuk diikuti walaupon yang mengajar adalah cikgu Hasnawi. Cikgu Hasnawi ni memang otai bab2 sejarah Melayu, takleh kelentong punyer sebab dia tau asas dan fakta yang kukuh. Untuk cikgu Hasnawi saya mmg respek kt cikgu. Ok memandangkan last week aku balik kampung aku teringat pasal menara jam condong kt Teluk Intan. Aku rasa menara yang condong ni ada 2 je kt dunia ni, satu Menara Pisa kt Itali sane dan yang kedua Menara Condong Teluk Intan. Menurut En. Wikiapadia menara ni dibna pada tahun 1885 oleh seorang brader bernama Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar yang pasirnya bertebaran dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga serta couple2 yang melafazkan janji2 palsu ke atas pasangan masing-masing Kalau malam minggu ada gerai2 jualan yang seakan Uptown Danai Kota dan Downtown Cheras.. Aku rasa skang ni orang ramai dan pelancong boleh naik atas menara ni. Ha aku dah kate baca bab sejarah ni memamg ngantuk ok sebelum korang tertdo aku stop dulu dan kalau pegi Teluk Intan jagan lupe amik gamba sebelah menara ini.